Isnin, 24 September 2012

PLAN LOKASI....HUHUH

PLAN LOKASI RESTORAN PAKMAT SATAU KANDAR GUAR CHEMPEDAK.... BERHADAPAN TAMAN SETIA WANGSA... 500M DARI SEMPANG KAKI GUNUNG JERAI.. UNTUK MAKLUMAT LANJUK @ KETERANGAN BOLEHLAH HUBUNGI 017-5756668

SEJARAH SATAY KANDAR

NAK TAHU NI LAH ORANG LAMA @ PENGASAS SATAY KANDAR MALAYSIA DIKENALI SEBAGAI PAKMAT SATAY...... KINI PERNIAGAAN DIWARISI OLEH ANAK SERTA MENANTUNYA YANG BEROPERASI DI GUAR CHEMPEDAK ,KEDAH DARUL AMAN. DIMANA SATAY INI MASIH MENGEKALKAN WARISAN TRADISI TURUN TEMURUN DENGAN MENGGUNAKAN ORANG LAMA SERTA DULUKALA MALA...HUHUH....
USIA BELIAU KINI 73 TAHUN..... SATAY INI DIBERINAMA SEMPERNA SEJARAH BELIAU SEMASA BERUSIA 10TAHUN MENJUAL SATAY DENGAN MENGUNAKAN KANDAR ( MACAM DALAM CITA P.RAMLee TU....) BELIAU MENGIKUT BAPA SAUDARA MENJUAL DISEKITAR YAN, KEDAH.... OLEH KERANA BAPA SAUDARA NYA YANG KIAN UZUR UMUR DALAM LINGKUNGAN 70AN SERTA TIDAK MAMPU LAGI UNTUK MENERUSKAN PERNIAGAAN SATAY INI SEGALA ILMU SERTA TUNJUK AJAR DIPERTURUNKAN KEPADA PAKMAT.... JUALAN PADA MASA ITU MENCECAH 2000 CUCUK/HARI.... DAN MENDAPAT TEMPAHAN DI DAERAH YAN,KEDAH....TAK MENANG TANGAN DIBUATNYA...SATAY INI ASALNYA DARI JAWA DAN BERDAGAN DI TANAH MELAYU.... BERSAMBUNG.............

Isnin, 17 September 2012

Sate (ejaan lama Satay) ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa / buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu. Sate dicipta oleh para pedagang jawa yang menjual daging bakar di pinggir jalan pada abad 19.[perlu rujukan] Selain sate lembu dan ayam yang popular, terdapat beberapa jenis sate lain yang dijual, antaranya:
Sate arnab Sate perut Sate pedal Sate kerang Sate ikan Sate ampai-ampai
Kebanyakan orang Melayu tidak makan daging semata-mata. Oleh itu biasanya turut disertakan nasi dalam bentuk ketupat. Sate mudah dimakan di tepi-tepi jalan kerana dicucuk dengan lidi kelapa. Kuah sate disediakan daripada kacang yang ditumbuk lumat dan digaul serta dimasak dengan pelbagai herba. Bau yang wangi amat penting. Boleh juga didapati, sate dihidang dengan bawang merah dan timun, selain ketupat nasi atau nasi himpit. Sate bukan menu makanan Melayu semata-mata. Sate turut popular di negara-negara Asia Tenggara lain. Di benua Amerika Selatan iaitu di negara Guyana ada juga sate, tetapi saiznya lebih besar. Kita sedia maklum ramai orang Indonesia dibawa oleh penjajah Belanda ke Guyana untuk menjadi buruh paksa di sana. Mungkin mereka inilah yang membawa budaya sate di benua Amerika Selatan. Jika dahulu sate dimakan di tepi-tepi jalan dan gerai-gerai kecil, kini sate dijual dibangunan yang lebih mewah dan standard. Cara hidangan, lokasi, menu air, menu sate turut berubah sesuai dengan perubahan zaman. Penerbangan Malaysia dan Singapore Airlines menjadikan sate sebagai menu pembuka selera untuk penumpang kelas Pertama dan kelas Bisnes masing-masing.

SATAY KANDAR CITA RASA ORANG LAMA, RASA ASLI PASTI NAK LAGI...